Artikel Terpilih

Jom Basuh Kereta Di...

Banner
jom.....jom cuci kereta dan mencantikkan kereta kat kedai saya........... di AU4 Taman Sri Keramat belakang bengkel fiat sebelah used car kat jalan selekoh.......promosi hebat....meh datang

Radio Online

KanToi.Net Fan Club

Dr Khir digantung

Print
PDF
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

Berikutan itu, 17 ADUN BN yang merupakan pembangkang di negeri itu diketuai Dr Mohamad Khir bertindak keluar Dewan sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).

Kesemua ADUN BN berjumlah 20 tetapi tiga tidak hadir pada persidangan DUN hari ini iaitu Datuk Abdul Rahman Palil (Sementa), Datuk Mohamed Hatim Diman (Sri Serdang) dan Mohamed Idris.

JKHK sebelum ini telah mencadangkan Dr Mohamad Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat ADUN BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di dada akhbar.

Dr Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang dalam ucapan perbahasannya mengenai usul itu sebelum melangkah keluar dewan berkata usul itu dibawa dan dibahaskan adalah bertujuan untuk menutup mulut pembangkang (BN) di dalam Dewan.

Dr Mohamad Khir berkata walaupun SELCAT dan JKHK adalah jawatankuasa dewan tetapi kesalahan beliau tidak menghadiri pendengaran awam SELCAT dan tindakan rakan-rakannya mengeluarkan kenyataan terhadap SELCAT di akhbar tidak sepatutnya dianggap menghina Dewan.

Ini adalah kerana istilah "Dewan" di bawah Perkara 77 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah "dewan yang bersidang" sedangkan pendengaran SELCAT dan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat Adun BN itu berlaku di luar sidang dewan undangan negeri, katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa SELCAT mengadakan pendengaran awam terhadap isu BALKIS sedangkan badan itu adalah di bawah kuasa Pendaftar Pertubuhan bukannya kerajaan negeri kerana ia adalah badan bukan kerajaan.

Dr Mohamad Khir juga mempersoalkan mengapa beliau perlu dipanggil kerana beliau bukannya ahli BALKIS dan usul itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam Dewan.

Seperkara lagi, beliau berkata terdapat pertembungan kepentingan bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim dalam isu ini kerana beliau mempengerusikan SELCAT dan JKHK.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang membawa usul itu kemudian bangun mencelah dan menjelaskan Teng tidak mengundi di dalam membuat cadangan penggantungan Dr Mohamad Khir dan empat lagi rakannya.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir berkata memang Teng tidak mengundi tetapi beliau mengambil bahagian semasa dirinya dan peguamnya dipanggil memberi keterangan kepada JKHK.

Katanya sepatutnya Teng tidak boleh mengambil bahagian di dalam prosiding JKHK dan dialog di antara Teng dan peguam beliau telah direkodkan secara verbatim dan meminta Lau melihat rekod itu.

Dr Mohamad Khir memberi contoh kes di mana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang digantung setahun kerana didapati bersalah menghina Dewan dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak masuk campur di dalam jawatankuasa yang menyiasat.

Beliau berkata:"(Keputusan) Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan tidak sah, tercemar, berniat buruk. Pembangkang (BN) tidak bersekongkol dengan satu keputusan yang tercemar, berat sebelah dan mala fide (berniat buruk)... tidak mahu terlibat dengan keputusan yang memualkan."

Gambar

MP3 Player


PopUp MP3 Player (New Window)

Feedburner

Menarik

Jaringan

BookMark Us

MTV Pilihan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pelawat Terkini

Statistik

Members : 2
Content : 425
Content View Hits : 21228

Tetamu Sekarang

We have 7 guests online

Jumlah Pelayar


Hari Ini :31
Semalam :199
Bulan Ini :2301
Bulan Lepas :6715
Jumlah Hit :9720
Bentangan Hari Ini :227
Bentangan Semalam :691
Bentangan Bulan Lepas :8799
Jumlah Bentangan :71348
Bot Hari Ini :23
Sejak :2010-01-04

Negara Pelawat

Top 20:
United States flag 23%United States (2248)
Ukraine flag 18%Ukraine (1737)
Germany flag 16%Germany (1512)
Unknown flag 13%Unknown (1224)
United Kingdom flag 10%United Kingdom (962)
Latvia flag 9%Latvia (828)
Russian Federation flag 5%Russian Federation (455)
Malaysia flag 4%Malaysia (408)
China flag <1%China (49)
Luxembourg flag <1%Luxembourg (27)
India flag <1%India (24)
France flag <1%France (17)
Indonesia flag <1%Indonesia (17)
Singapore flag <1%Singapore (17)
Netherlands flag <1%Netherlands (15)
Brazil flag <1%Brazil (11)
Saudi Arabia flag <1%Saudi Arabia (10)
Japan flag <1%Japan (9)
Hungary flag <1%Hungary (8)
Thailand flag <1%Thailand (8)
9720 visits from 68 countries

Random News

Undian PANAS!!!

Siapakah artis yang paling PANAS?
 

BaCian Anda!!

Radio TERHANGAT di Malaysia?
 

Sekapur Sireh

 

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Para Pembaca,

Selamat datang ke KanToi.Net kepada semua pengunjung. Di sini anda akan mendapat pelbagai informasi hiburan di kaca mata, khas untuk anda semua. Di samping itu juga, anda boleh melihat dan membaca keratan-keratan akhbar yang terpilih dengan isi kandungan yang hangat dan panas dari semasa ke semasa.

Diharapkan anda semua terhibur dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan rencana dan akhbar disini.

Sekiranya anda mempunyai pendapat dan idea yang bernas untuk meningkatkan lagi mutu web ini. Sila e-mail kan kepada kami di admin@kantoi.net .

Sekian, terima kasih.

Sila gunakan resolusi paparan tetingkap anda,  1280 x 800. Untuk kegunaan maksimum di KanToi.Net.