Artikel Terpilih

Jom Basuh Kereta Di...

Banner
jom.....jom cuci kereta dan mencantikkan kereta kat kedai saya........... di AU4 Taman Sri Keramat belakang bengkel fiat sebelah used car kat jalan selekoh.......promosi hebat....meh datang

Radio Online

KanToi.Net Fan Club

100 Angkasawan Dunia Di Malaysia

Print
PDF
malaysiaSeramai 100 angkasawan dunia bakal menghadiri Persidangan Association of Space Explorers yang akan dianjurkan oleh angkasawan negara, Datuk Dr. Muzaphar Shukor pada 4 hingga 10 Oktober depan.

Persidangan yang dianjurkan setiap tahun itu pertama kali diadakan di Malaysia dan merupakan negara Asia kedua selepas Jepun pada tahun 1990.

Menurut Dr. Sheikh Muzaphar, persidangan itu adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar Malaysia kerana berpeluang bertemu dengan angkasawan-angkasawan dari 35 buah negara.

"Persidangan ini akan dibuka kepada umum terutamanya kepada pelajar-pelajar tempatan. Saya jangkakan lebih 100,000 pelajar akan hadir pada persidangan ini.

"Apa yang bakal dibincangkan adalah berhubung kajian-kajian yang telah dibuat di ruang angkasa lepas.

"Selain itu, saya juga menjemput isteri-isteri mereka kerana persidangan ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang sains dan teknologi malah salah satu cara memperkenalkan budaya Malaysia kepada masyarakat luar.” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Dr. Sheikh Muzaphar salah satu dari acara persidangan adalah hari komuniti yang bakal mendekatkan lagi masyarakat luar bandar kepada angkasawan-angkasawan tersebut.

"Salah satu hari tersebut adalah hari komuniti di mana angkasawan akan dibawa ke sekolah-sekolah terpilih, ini juga termasuk sekolah-sekolah luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.

"Bagi isteri pula acara-acara kebudayaan akan disediakan pada sebelah malam," ujarnya yang mendapat kerjasama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambahnya, perbincangan masih lagi dilakukan bersama pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perlancongan.

"Kami masih lagi di peringkat perbincangan bersama kementerian-kementerian supaya turut bekerjasama dalam penganjuran persidangan ini. Saya harap ia mendapat sokongan dari kerajaan,” kata Dr. Sheikh Muzaphar.

Selain itu juga salah satu acara yang bakal disenaraikan dalam persidangan tersebut adalah majlis perkahwinannya sendiri bersama pasangan Dr. Halina Mohd Yunos pada sebelah malam, 10 Oktober ini.

Bagaimana pun lokasi persidangan masih lagi belum ditentukan.

Harapan Angkasawan Negara ini supaya persidangan tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada masyarakat di Malaysia dan menonjolkan nama Malaysia di mata dunia.

Gambar

MP3 Player


PopUp MP3 Player (New Window)

Feedburner

Menarik

Jaringan

BookMark Us

MTV Pilihan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pelawat Terkini

Statistik

Members : 2
Content : 425
Content View Hits : 20945

Tetamu Sekarang

We have 9 guests online

Jumlah Pelayar


Hari Ini :21
Semalam :278
Bulan Ini :2092
Bulan Lepas :6715
Jumlah Hit :9511
Bentangan Hari Ini :63
Bentangan Semalam :966
Bentangan Bulan Lepas :7944
Jumlah Bentangan :70493
Bot Hari Ini :7
Sejak :2010-01-04

Negara Pelawat

Top 20:
United States flag 23%United States (2201)
Ukraine flag 18%Ukraine (1712)
Germany flag 15%Germany (1422)
Unknown flag 13%Unknown (1209)
United Kingdom flag 10%United Kingdom (947)
Latvia flag 9%Latvia (828)
Russian Federation flag 5%Russian Federation (448)
Malaysia flag 4%Malaysia (400)
China flag <1%China (49)
Luxembourg flag <1%Luxembourg (27)
India flag <1%India (24)
France flag <1%France (17)
Indonesia flag <1%Indonesia (17)
Singapore flag <1%Singapore (17)
Netherlands flag <1%Netherlands (14)
Brazil flag <1%Brazil (11)
Saudi Arabia flag <1%Saudi Arabia (10)
Japan flag <1%Japan (9)
Hungary flag <1%Hungary (8)
Thailand flag <1%Thailand (8)
9511 visits from 68 countries

Random News

Undian PANAS!!!

Siapakah artis yang paling PANAS?
 

BaCian Anda!!

Radio TERHANGAT di Malaysia?
 

Sekapur Sireh

 

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Para Pembaca,

Selamat datang ke KanToi.Net kepada semua pengunjung. Di sini anda akan mendapat pelbagai informasi hiburan di kaca mata, khas untuk anda semua. Di samping itu juga, anda boleh melihat dan membaca keratan-keratan akhbar yang terpilih dengan isi kandungan yang hangat dan panas dari semasa ke semasa.

Diharapkan anda semua terhibur dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan rencana dan akhbar disini.

Sekiranya anda mempunyai pendapat dan idea yang bernas untuk meningkatkan lagi mutu web ini. Sila e-mail kan kepada kami di admin@kantoi.net .

Sekian, terima kasih.

Sila gunakan resolusi paparan tetingkap anda,  1280 x 800. Untuk kegunaan maksimum di KanToi.Net.