|
21 January 2010
Posted in
Hiburan Dalam Negara
Dua pelakon dan model terkenal, Tony Eusoff atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman,33, dan Diana Johor Zainal Abidin, 29, telah memfailkan saman berjumlah RM500,000 setiap seorang terhadap syarikat tekstil, Gulatis Exclusive Sdn Bhd.
Saman dikemukakan melalui peguambela yang mewakili kedua-dua model itu, Ahmad Rizal Effande Zainol.
Tony dan Diana memfailkan saman atas alasan syarikat tekstil terkenal itu telah menggunakan gambar mereka untuk tujuan komersil bagi mempromosi jualan gedung tersebut pada kain rentang dan iklan syarikat berkenaan tanpa kebenaran.
Mereka menganggap Gulatis telah mengakibatkan mereka kerugian dari segi peluang pekerjaan memandangkan kerjaya mereka bergantung kepada penampilan dan penggunaan wajah.
Selain itu, mereka turut menuntut ganti rugi teladan (akan ditaksir semasa perbicaraan), faedah pada kadar 8 peratus setahun mengikut jumlah ganti rugi RM500,000 dan ganti rugi teladan bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya, kos antara peguam dan anak guam.
“Ia ibarat orang mengguna barang dan imej kita tanpa sebarang pengetahuan dan budi bicara sedangkan kita mempunyai hak.
“Lagipun, setiap artis Malaysia mempunyai ‘harga’. Sedangkan orang biasa pun akan cuba menegakkan keadilan. Apatah lagi insiden ini telah mengurangkan peluang kami untuk mendapat tawaran daripada syarikat lain.
“Peguam kami telah menghantar notis kepada pihak Gulatis namun tiada sebarang respons,” katanya.
Pada 19 Februari 2009, Tony dan Diana melalui peguambela mereka telah menghantar notis tuntutan kepada pihak Gulatis dan menuntut bayaran ganti rugi daripada syarikat itu.
Namun sehingga ke tarikh saman ini difailkan pihak Gulatis masih ingkar, cuai dan enggan untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh Tony dan Diana.
Menurut Tony, gambar mereka berdua yang memakai pakaian pengantin itu disalahgunakan selama lebih setahun lalu selepas mereka menerima makluman daripada rakan-rakan bahawa gambar mereka telah dipamerkan dihadapan premis perniagaan di 162 & 164, Tingkat 2, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur pada 24 September 2008.
Sementara itu, Diana yang dikenali menerusi drama Sembilu dan filem Sembilu 2005 menambah: “Bukan kedai di Jalan TAR sahaja, saya juga mendapat tahu gambar kami telah digunakan oleh Gulatis di Johor Bahru.”
Dalam pada itu, Rizal berkata tuntutan yang dibuat terhadap Gulatis adalah memadai setelah mereka mempertimbangkan tempoh masa dan reputasi anak guamnya sebagai pelakon dan model yang dikenali umum.
Sebelum ini, Gulatis juga pernah disaman oleh dua selebriti terkenal iaitu Zahnita Dorothy Hussein Wilson dan Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja.
Eja telah mendapat RM20,000 sebagai ganti rugi yang dituntut olehnya terhadap Gulatis atas dakwaan melanggar perjanjian.
Sementara Zahnita menfailkan saman pada Disember lalu yang menuduh syarikat tekstil itu menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya serta mendakwa dia telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat yang lain ekoran kes itu.
Lihat sahaja gerangan jejaka badan tegap,muka macho n very georgous and sexy ini.Beliau merupakan seorang model yang telah berkecimpung di dalam dunia peragaan sejak usianya 


hurm... yang ni pulak pakcik dapat dari sebuah laman.... boleh tahan juga la gambar-gambarnya... yang tak tahan tu... dgn posingnya di ruang tamu dan juga dengan seorang lelaki... pakcik pun nak tau gak... siapakah gerangan lelaki tersebut.. kalau buah hati apakata perkenalkan beliau tu pada media massa... alah.. bukan ada pape pun... just kami di KanToi.Net ni nak tau Hetty oit......

Siapa kata lelaki Malaysia tiada yang setanding ‘hebat’nya dengan jaguh sukan terkenal dunia, Tiger Woods.
Bertempat baru-baru ini bersempena majlis gempak Azwan Ali, Noraniza Idris yang mahu dipanggil kak Ani membuat penampilannya di sana dengan baju yang jarang-jarang sehinggakan menampakan 'perisai' bahagian dalaman. Tidak tahu lah apa sebenarnya niat kak Ani pakai macam itu jika perubahan di 'bahagian atas' hanya sebagai mengkaburi mata dan peminat di sana. Apa-apa pun terserahlah kepada kak Ani nak pakai apa, asalkan kak Ani tahu dengan penampilannya itu.
SUSULAN laporan sebuah akhbar tabloid tempatan berhubung dakwaan cinta songsang pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Abdul Razak, 22, bertarikh 1 Januari 2010, mStar Online terpanggil untuk menghubungi aktres sedang meningkat naik yang juga kekasih hati Zaquan, Ayu Raudhah Che Wan bagi mendapatkan komen dan pandangan lanjutnya berhubung isu tersebut.
Hah!!! ni pakcik baru dapat... gambar dimana artis kita ni... dah la bertudung... lepas tu pula berpakaian jarang.. dalam satu majlis. apa lah nak jadi dgn artis ni... apa-apa pun.. layan je la yek...
Bertempat baru-baru ini bersempena majlis gempak Azwan Ali, Noraniza Idris yang mahu dipanggil kak Ani membuat penampilannya di sana dengan baju yang jarang-jarang sehinggakan menampakan 'perisai' bahagian dalaman. Tidak tahu lah apa sebenarnya niat kak Ani pakai macam itu jika perubahan di 'bahagian atas' hanya sebagai mengkaburi mata dan peminat di sana. Apa-apa pun terserahlah kepada kak Ani nak pakai apa, asalkan kak Ani tahu dengan penampilannya itu.
Hurm... pakcik tak tau lah berita ni betul atau pun tidak.... ini hanya gosip yang pakcik terima... kalau betul la apa yang diperkatakan, diharapkan beliau kembali ke pangkal jalan.... isk isk isk.... Nabi Muhammad tak mengaku umat kalau berperlakuan seperti begitu.... isk isk isk... walaupun sengau... tetap mantap suara nya.... bukan badan nya ok.. pakcik normal...
Miss Opss! nak ucapkan tahniah pada Norman KRU yang telah di pilih sebagai Pengetua AF8. Semoga Norman dapat membawa perubahan ke dalam AF nanti. Miss Opss! nak gak tengok boleh tak Norman lawan kehebatan yang telah di bawa oleh Tiara pada AF7 lepas. Miss Opss! tau yang Norman ni orang nye kreatif dan banyak idea, Miss Opss! harap Norman berjaya.
Tiada ribut tiada taufan. Tiba-tiba jek Miss Opss! dapat berita yang lisa dah back to single. Ape maksudnye tu ye? Lisa Surihani ni penah ade boyfriend ke? Siapakah lelaki yang bertuah tu? Banyak gak persoalan yang bermain dalam kepala Miss Opss! ni.




Google
Facebook
Twitter
Myspace
Linkedin
Yahoo
Digg
del.icio.us
Windows Live
Furl
Reddit
Blogger
Technorati
Rain Concert 


















