Artikel Terpilih

Jom Basuh Kereta Di...

Banner
jom.....jom cuci kereta dan mencantikkan kereta kat kedai saya........... di AU4 Taman Sri Keramat belakang bengkel fiat sebelah used car kat jalan selekoh.......promosi hebat....meh datang

Radio Online

KanToi.Net Fan Club

Vince sudah berpunya?

Print
PDF

vinceSETELAH hampir tiga tahun menyepi, penyanyi dan komposer, Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 30, kembali mewarnai dunia hiburan menerusi buah tangan terbaru, Kronologi Cinta yang menceritakan seribu satu kisah cintanya.

Menurut Vince yang ditemui di majlis pelancaran album keempatnya di Bangkok Jazz, Kuala Lumpur, semalam, Kronologi Cinta adalah sebuah karya yang dekat di hatinya dan cukup istimewa.

Berinspirasikan kisah cintanya yang putus di tengah jalan pada tahun lalu, Vince bangkit dan menterjemahkan kekecewaan itu ke dalam album ini.

"Tidak saya nafikan, album ini tercetus selepas saya putus cinta tahun lalu. Selepas putus cinta, saya cuba lupakan kesedihan itu dan sibukkan diri dengan penghasilan album ini.

"Tema dan cerita lagu-lagunya memang berkisar kepada kisah cinta saya dan pengalaman yang dilalui selama ini," akui Vince.

Membawa hati yang lara, Vince bijak mengalihkan kesunyian itu dengan kerja-kerja penghasilan lagu-lagu baru.

Hasilnya, Vince berdiri kembali dengan lagu-lagu cinta yang penuh beremosi dan mencatatkan perjalanan suka-duka cintanya selama ini.

"Sebagai komposer, saya akan mendapat ilham untuk tulis cerita lagu itu apabila saya sudah menyiapkan melodinya.

"Apabila saya mendengar melodi lagu itu, saya akan dapat ilham, kisah apa yang patut diceritakan dalam melodi itu.

"Saya akan ceritakan kepada penulis lirik contohnya Shah Shamsiri, untuk tuliskan lirik berdasarkan ilham yang datang," katanya yang mencipta 11 lagu untuk album Kronologi Cinta.

Ketika menjawab pertanyaan mengenai kegagalan cintanya bersama bekas kekasih, seorang gadis berbangsa Mexico, Vince dengan tenang berkata, perpisahan itu terjadi kerana tiada keserasian antara mereka.

Jelas Vince, gadis yang dikenali ketika dia melanjutkan pengajian di Taiwan dua tahun lalu, tidak begitu menyenangi karier seninya.

Justeru, perasaan 'tidak senang' dan keresahan yang membelenggu mantan kekasihnya itu sedikit sebanyak mengganggu emosi dan tumpuan jejaka berdarah kacukan ini untuk terus fokus pada bidang nyanyian.

Setelah berbincang hati ke hati, keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik bagi mengelakkan permusuhan di hari muka.

"Perpisahan saya dengan bekas kekasih berpunca daripada ketidakserasian antara kami. Dia tidak begitu selesa dan tidak menyenangi apa yang saya lakukan, iaitu menyanyi.

"Seandainya dia memahami dan menyokong saya, tentu saya tidak ada sebarang masalah untuk terus berkawan.

"Sayangnya, dia tidak dapat menerima kerjaya saya sepenuhnya. Sedangkan saya banyak menghabiskan masa untuk menggubah lagu dan kerja-kerja penghasilan lagu.

"Setelah berbincang dengannya, saya fikir lebih baik putus saja dengan cara baik kerana apa sekalipun keutamaan saya adalah nyanyian berbanding kekasih.

"Kini saya ingin tumpukan perhatian sepenuhnya untuk karier seni. Album pun baru keluar, saya akan sibuk dengan urusan promosi dan persembahan pentas. Jadi saya tidak akan mempunyai masa untuk fikirkan soal cinta dan perhubungan baru.

"Matlamat saya untuk tahun ini ialah untuk mencuba perkara-perkara baru seperti bidang pengarahan dan teater. Saya juga ingin raih kejayaan tahun ini," katanya.

Tambah Vince, album ini cukup istimewa kerana ia merupakan usaha sulungnya sebagai penerbit album.

Dia yang diberi kebebasan oleh syarikat rakaman NSR, bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer, malah terlibat sepenuhnya dalam proses penerbitan Kronologi Cinta.

Sambil menitipkan penghargaannya buat semua rakan yang bekerjasama, Vince turut mengakui eksperimentasinya ke atas beberapa elemen muzik seperti pop, rock, jazz, scat dan rap memberikan warna pada album ini.

Kronologi Cinta yang memuatkan 12 lagu ini hanya mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.

Gambar

MP3 Player


PopUp MP3 Player (New Window)

Feedburner

Menarik

Jaringan

BookMark Us

MTV Pilihan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pelawat Terkini

Statistik

Members : 2
Content : 425
Content View Hits : 21072

Tetamu Sekarang

We have 11 guests online

Jumlah Pelayar


Hari Ini :192
Semalam :278
Bulan Ini :2263
Bulan Lepas :6715
Jumlah Hit :9682
Bentangan Hari Ini :659
Bentangan Semalam :966
Bentangan Bulan Lepas :8540
Jumlah Bentangan :71089
Bot Hari Ini :73
Sejak :2010-01-04

Negara Pelawat

Top 20:
United States flag 23%United States (2242)
Ukraine flag 18%Ukraine (1735)
Germany flag 15%Germany (1488)
Unknown flag 13%Unknown (1219)
United Kingdom flag 10%United Kingdom (962)
Latvia flag 9%Latvia (828)
Russian Federation flag 5%Russian Federation (454)
Malaysia flag 4%Malaysia (408)
China flag <1%China (49)
Luxembourg flag <1%Luxembourg (27)
India flag <1%India (24)
France flag <1%France (17)
Indonesia flag <1%Indonesia (17)
Singapore flag <1%Singapore (17)
Netherlands flag <1%Netherlands (15)
Brazil flag <1%Brazil (11)
Saudi Arabia flag <1%Saudi Arabia (10)
Japan flag <1%Japan (9)
Hungary flag <1%Hungary (8)
Thailand flag <1%Thailand (8)
9682 visits from 68 countries

Random News

Undian PANAS!!!

Siapakah artis yang paling PANAS?
 

BaCian Anda!!

Radio TERHANGAT di Malaysia?
 

Sekapur Sireh

 

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Para Pembaca,

Selamat datang ke KanToi.Net kepada semua pengunjung. Di sini anda akan mendapat pelbagai informasi hiburan di kaca mata, khas untuk anda semua. Di samping itu juga, anda boleh melihat dan membaca keratan-keratan akhbar yang terpilih dengan isi kandungan yang hangat dan panas dari semasa ke semasa.

Diharapkan anda semua terhibur dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan rencana dan akhbar disini.

Sekiranya anda mempunyai pendapat dan idea yang bernas untuk meningkatkan lagi mutu web ini. Sila e-mail kan kepada kami di admin@kantoi.net .

Sekian, terima kasih.

Sila gunakan resolusi paparan tetingkap anda,  1280 x 800. Untuk kegunaan maksimum di KanToi.Net.